Gaharu mempunyai tiga kegunaan utama iaitu: perubatan,pewangi dan juga kemayang . Gaharu telah digunakan untuk tujuan perubatan sejak beribu tahun lalu,dan ia turut digunakan dalam perubatan ayurveda, Tibetan dan perubatan tradisional orang asia timur. Penggunaan gaharu dalam pewangi telah diaplikasikan sejak beberapa ribu tahun yang lampau dan dirujuk sebagai fakta sejarah.Sebagai contoh,dalam buku ‘Perjanjian Lama’,kadangkala ia menggunakan terma ‘aloes’.Minyak gaharu dikomersialkan sebagai pewangi di Timur Tengah.
Kemayang gaharu dibakar untuk menghasilkan aroma yang menyenangkan,ia digunakan sebagai pewangi biasa hinggalah kepada sebagai elemen penting dalam acara keagamaan.Potongan gaharu yang tidak sebentuk,kebiasaanya dalam beberapa sentimeter panjang dan 10 -200 gram berat,dipotong atau dipecahkan kepada cebisan kecil kemudian dibakar,selalunya didalam pembakar kemayang yang dikhaskan.
Gaharu juga digunakan sebagai wangi – wangian (perfume ) , sebagai bahan pengawet dan didalam upacara sembahyang Tionghoa. Damar wangi ( aromatic resin) terhasil daripada pereputan yang berlaku keatas kayu gaharu. Akan tetapi tidak semua bahagian kayu gaharu mengeluarkan bau harum atau memiliki nilai ekonomi
yang tinggi. Gaharu biasanya merujuk kepada empat spesis iaitu ; Gyrinops, Aetoxylon, Gongystylis dan Aquilaria dimana keseluruhanya termasuk didalam golongan Thymelaeaceae.
Spesis Aquilaria dan Gyrinops, merupakan hasil gaharu semulajadi yang penting biasanya terbahagi kepada 12 negara iaitu :
- Bangladesh,
- Bhutan,
- Cambodia,
- India,
- Indonesia,
- Lao PRD,
- Malaysia,
- Myanmar,
- Philippines,
- Thailand,
- Vietnam
- Papua New Guinea.
Gaharu diperdagangkan didalam berbagai bentuk, iaitu bongkah , chips dan serbuk.bentuk bongkah boleh didapati didalam bentuk patung , bentuk unik (natural sculpture) ataupun tanpa bentuk.
Begitu juga dengan warna gaharu, dari warna putih sehinggalah warna coklat tua atau hamper hitam . ianya bergantung kepada kadar kewangiannya yang terkandung. Umumnya warna gaharu inilah yang menentukan kualiti kayu gaharu. Semakin hitam / pekat warnanya, semakin tinggi nilai harganya.Semakin hitam / pekat warna gaharu, menunjukkan semakin tinggi proses infeksinya,dan
semakin kuat aroma yang ditimbulkannya.
No comments:
Post a Comment